Fiqa Dinobat Juara Gadis Melayu Musim 2




Syafiqa Amirol Melvin atau panggilan mesranya, Fiqa, berjaya mengenepikan empat finalis lain - Shazfinaz Hashim (Finas), Hazlin Hussain (Lyn), Nadiah Adrianna Mohd Akbar (Nadia) dan Putri Noor Nawal Ramlan (Putri) - untuk merangkul gelaran Gadis Melayu, yang telah berlangsung di Auditorium Dewan Bahasa & Pustaka Kuala Lumpur malam tadi.

Bagi yang sempat mengikuti siaran langsung program realiti itu di TV9 sejak 8.30 malam tadi, tidak dinafikan persembahan Fiqa pada malam ini lebih mantap berbanding peserta lain. Malah persembahan lakonannya di samping Fauzi Nawawi berjaya juga menyentuh hati juri jemputan, Rosyam Nor.

Fiqa memenangi wang tunai RM10,000 dan diikat kontrak selamat setahun bersama TV9. Dia juga membawa pulang anugerah sampingan, Gadis Safi Balqis.

Keputusan ditentukan melalui undian SMS (50%) dan juri (50%). Malam ini, panel juri terdiri daripada Nurfarahin Jamsari, pengarang majalah Cosmopolitan Izza Safinaz Ibrahim, pengarang hiburan Harian Metro Adam Salleh, Datin Seri Normala Shamsudin, Syafinaz Selamat dan Rosyam.

Selain Gadis Safi Balqis, satu lagi anugerah sampingan telah diberikan iaitu Gadis Bijaksana yang dimenangi Finas. Dia mendapat sebuah trofi dan cek bernilai RM2,000.

0 comments:

Post a Comment