Umum mengetahui bahawa Kuala Lipis, Pahang merupakan tempat kelahiran penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza. Namun pasti ramai diantara kita tidak menyedari satu lagi permata seni lahir dari daerah yang sama.
Haliza Misbun anak kelahiran Kuala Lipis Pahang, sering dilupakan antara anak Kuala Lipis yang berjaya dalam dunia seni tanah air. Mula menceburi dunia seni sejak berumur 19 tahun, pemegang Ijazah dalam bidang undang-undang ini sentiasa fokus dalam kerjayanya dalam dunia seni ini.
Fokus Haliza dalam industri hiburan ini kadangkala menimbulkan persoalan dikalangan peminatnya bilakah agaknya gadis yang berusia 35 tahun ini akan menamatkan zaman anak daranya.Melihatkan ramai diantara rakan artis yang telah menamatkan zaman bujang.
"Mengenai kahwin, terus-terang saya cakap, saya tak ada perancangan untuk mendirikan rumah tangga pada tahun ini," katanya.
Haliza menambah, fokus utamanya buat masa kini adalah untuk menyiapkan dokumentari 13 Episod 'Jelajah Kasih'.
kredit:jomstar
0 comments:
Post a Comment