Dalam satu temubual eksklusif bersama penyanyi yang terkenal dengan dendangan lagu "Tanpamu", Farawahida menyatakan bahawa dia teringin memegang watak seorang perempuan ganas sekiranya diberikan tawaran berlakon dari mana-mana syarikat produksi
"Terus terang saya nyatakan, saya lebih menggemari watak yang ganas dari lemah lembut."
"Bagi pendapat saya lah kan, watak ganas atau jahat selalunya mudah diingati oleh penonton berbanding watak yang baik dan berlemah lembut."
"Tapi untuk permulaan dalam bidang lakonan, mungkin saya lebih selesa memegang watak diri saya sendiri,"
Ujarnya lagi, dia juga pernah dihubungi oleh beberapa pengarah filem tanah air untuk ditawarkan menjadi pelakon, namun kesemuanya itu ditolak oleh Fara.
"Saya menolak dengan cara yang baik. Bukan kerana saya tidak mahu bergelar pelakon, cuma buat masa ini, saya lebih memfokuskan dalam bidang nyayian dahulu. Selepas kukuh barulah saya akan fikirkan yang lain pula," ujarnya.
0 comments:
Post a Comment