Kieran tak sabar nak jadi Ayah



Kieran tidak sabar untuk bergelar ayah, hasil perkongsian hidupnya bersama isteri tercinta Yang Azliyang yang dikahwininya tahun lalu.


"Kehidupan rumah tangga saya sangat membahagiakan. Saya juga bersyukur kerana isteri saya sangat memahami jadual kerja saya walaupun dia dalam keadaan mengandung dan sarat. Mak saya banyak tolong tengok-tengokkan dia di rumah kalau saya tiada.


"Insya-Allah saya akan jadi ayah tak lama lagi. Isteri saya akan bersalin awal bulan Mac ini. Saya pun tak sabar nak menjadi ayah.


"Tentang jantina anak biarlah dahulu. Saya pun kalau boleh tak mau la tau awal, isteri saya pun tak kisah, baby boy ke girl. Tak tau jantina lagi bagus biarlah bagi kejutan untuk saya dan isteri,” ujar Kieran dalam nada ceria.


Namun dalam masa yang sama Kieran berkata jika diberikan rezeki dia mengimpikan anak lelaki agar dia mempunyai geng bermain bola sepak dan menonton perlawanan bola sepak bersama-samanya.

0 comments:

Post a Comment