Nikki dan Audi Mok pilih bulan Jun untuk meterai kasih








Nikki dan Audi bertunang pada 26 Disember lalu dan akan berkahwin pada 27 Jun 2009.

Bercerita mengenai saat-saat menerima lamaran Audi semasa Hari Lahirnya pada November lalu, Nikki seakan-akan terkejut dengan apa yang dilakukan oleh Audi pada masa itu.


"Kiranya saya mendapat hadiah Hari Jadi yang paling istimewa apabila menerima lamaran Audi di Bangkok, Thailand.


"Sebelum itu, saya memang tidak jangka yang Audi akan melamar saya sehingga apabila dia membuat kejutan tersebut, saya sudah tidak mampu menahan perasaan terharu lalu menangis," cerita Nikki yang turut mendapat hadiah istimewa lain daripada Audi tetapi mahu merahsiakannya.


Episod perkenalan sehingga membibitkan perasaan cinta sudah berputik sejak tiga tahun lalu namun Nikki mahupun Audi pandai merahsiakan perhubungan tersebut.


Jelas Nikki, mereka bukan sengaja merahsiakannya sebaliknya tidak mahu terlalu mendedahkan hubungan tersebut bimbang sekiranya putus di tengah jalan.

Apa yang membuatkan saya nekad memilihnya kerana dia merupakan seorang lelaki yang mempunyai ‘chemistry’ dengan saya yang sebelum ini saya belum pernah jumpa sepertinya. Saya susah nak jumpa lelaki yang berfikiran ‘golden’ sepertinya.


"Prinsip, idea dan moralnya boleh dikatakan selalu sama dan sependapat dengan saya.

"Apabila bergaduh pun, kami akan cepat berbaik dan perasaan sayang tetap ada," tutur Nikki yang mengenali Audi ketika masing-masing terlibat dalam pembikinan albumnya, Maharani.


Bercerita sedikit mengenai perancangan perkahwinannya, Nikki dan Audi akan dikahwinkan di salah sebuah gereja di Kuala Lumpur pada 27 Jun depan manakala pada sebelah malamnya, mereka akan menjalani resepsi di sebelah Audi iaitu di Melaka.


Pasangan ini dijangka akan berbulan madu di Phuket pada keesokan harinya

0 comments:

Post a Comment