Nurul Bakal Duduki Kerusi Juri Tetap AF7?


Dengar khabar, ada kemungkinan Nurul akan dipilih menjadi juri tetap AF7 kerana komitmennya yang cemerlang dalam mengendalikan kesemua uji bakat itu. Kalau ada rezeki, baguslah.

Bagi AF7, khabarnya juga, produser dan tenaga kerja AF7 sangat seronok bekerja dengan Nurul di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Difahamkan, Nurul sanggup tidak keluar ke mana-mana, sama ada bertemu rakan atau mengambil angin, sebaliknya hanya terperuk di bilik penjurian dari awal pagi hinggalah lewat malam. Semuanya, semata-mata bagi mencari peserta yang benar-benar berkualiti.

Murai Batu faham, tugas sebagai juri AF ini bukanlah senang. Kalau tak sabar, silap haribulan boleh rebah. Maklumlah bermacam ragam manusia yang datang uji bakat.

kredit:murai.com

0 comments:

Post a Comment