Scha dedah cerita putus cinta


PUNCA utama keretakan cinta membabitkan dua pelakon dan pengacara popular, Fahrin Ahmad serta Scha Alyahya akhirnya terlerai apabila Scha bersuara menceritakan perkara sebenar. Dia tidak mahu peminat mahupun media massa terus berteka-teki memberikan pelbagai spekulasi, ditambah 'hukuman' yang diterimanya apabila diserbu pihak polis apabila didapati berada di sebuah pusat hiburan haram bersama rakan pengacaranya dalam Sehati Berdansa 3, Awal Ashaari, baru-baru ini.

“Secara rasmi saya putus cinta dengan Fahrin ketika Ramadan tahun lalu. Kami bercinta pun tak sampai setahun. Saya mengaku, saya yang minta daripada Fahrin, kami putus cinta. Sebelum ini ada beberapa siri, kami putus kemudian sambung kembali, tapi sampai suatu ketika, keadaan semakin tidak terkawal, saya angkat kaki dan terus bertemu media massa memaklumkan saya dan Fahrin sudah tidak ada apa-apa hubungan istimewa lagi.

Kami putus cinta bukan disebabkan orang ketiga, sebaliknya sikap Fahrin sendiri. Saya tahu, Fahrin cuba meraih simpati dengan kegagalan percintaan kami sebab itu dia seolah-olah mendakwa wujudnya pihak ketiga. Mungkin Fahrin berada dalam tekanan apabila gagal bercinta dua kali (Linda Onn dan Scha), tapi tak perlulah menuding jari mencari kesalahan orang lain.

Fahrin sendiri ada kesilapan dan kelemahan dalam perhubungan kami. Saya mengaku, saya sendiri melakukan kesalahan, bahagian saya, saya ambil, dia pula ambil bahagiannya dan terus ke depan. Kami sama-sama panas baran. Apa yang pernah saya lalui bersama Fahrin, Linda Onn juga pernah melalui situasi yang sama. Saya dan Linda Onn berkongsi perkara yang sama, sangat tepat secara terperinci!

Saya sudah tidak mampu bertahan lagi dengan sikap Fahrin. Saya tahu semua perkara yang dilakukannya. Linda pernah memberitahu saya, jangan terus berdiam diri, nanti orang akan menyalahkan saya, justeru hari ini biarlah saya menceritakan perkara sebenar. Punca utama saya minta hubungan kami diputuskan ialah sikap Fahrin itu sendiri.

Saya mengaku, suatu ketika dulu saya memang menyayangi dan menyintai Fahrin, kami serius dalam perhubungan, tapi saya harus memikirkan masa depan. Sebelum berkahwin sudah berlaku macam-macam perkara, nanti dah kahwin macam mana? Dalam percintaan, memang kami berusaha menyelamatkan perhubungan, masing-masing cuba memperbaiki kelemahan, tapi apabila tiada toleransi, tak perlulah diteruskan lagi.

Saya berkawan dengan Awal dah lama sejak zaman ‘nobody’ lagi. Awal jadi hos pertandingan Dewi Remaja. Apabila tiba-tiba saja ada dakwaan mengatakan Awal orang ketiga, kasihan dia. Dia tak tahu apa-apa. Padahal, perhubungan saya dan Awal semakin rapat apabila saya putus cinta dengan Fahrin. Sekalipun Fahrin tidak pernah menyebut nama Awal sebagai pihak ketiga, orang tahu siapa yang dimaksudkan sebagai orang ketiga itu.

Fahrin tahu, bukan Awal orang ketiga. Sekarang ni Fahrin ‘jack pot’, kebetulan ada isu saya dan Awal ‘kantoi’ serbuan polis di pusat hiburan. Ada dua cerita yang berbeza. Saya putus dengan Fahrin bukan sebab Awal, saya ‘kantoi’ dengan Awal, itu cerita lain. Saya rapat dengan Awal apabila bermulanya Sehati Berdansa 3, ketika itu saya dan Fahrin sudah tidak ada apa-apa hubungan istimewa lagi.

Awal pun berkawan baik dengan Linda Onn juga, jadi dia tahu banyak cerita. Dia tahu punca sebenar saya dan Fahrin putus cinta. Saya mengaku, ketika ini, Awal ialah kawan saya paling rapat. Nak kata kami bercinta... belum lagi, tapi tujuan perhubungan kami memang ke arah itu (bercinta). Berilah kami sedikit masa. Saya tak mahu kesilapan yang sama berulang lagi. Risikonya tinggi. Namun, sekiranya suatu hari nanti kami jatuh cinta, alhamdulillah.”

Apabila saya putus cinta dengan Fahrin, saya mengaku, saya sering berkongsi kesedihan dengan Awal, itu yang membuatkan kami bertambah rapat. Apabila mengacara Sehati Berdansa 3, membuka ruang kami terus rapat. Ditambah peristiwa hitam di pusat hiburan itu, kami sama-sama berkongsi kesedihan dan kesilapan, itu juga membuatkan kami semakin rapat. Terus-terang, antara saya dan Awal, kami serius berkawan.

Saya akui, kejadian saya diserbu pihak polis pada malam Krismas, baru -baru ini, memang kesilapan saya, saya tak fikir panjang, akal pendek. Terpulanglah apa orang nak fikir, tapi pada malam kejadian, saya memang tidak dipengaruhi dadah mahupun alkohol. Saya juga berpakaian sopan, bukannya mencolok mata dan melakukan perkara tidak senonoh dengan Awal seperti digembar-gemburkan sebelum ini.

kredit:bharian

1 comments:

ala scha bongok nie,,dulu ko kate fahrin tu kuat agama,,beriman,,sekarang kau kate die kaki pukul..cakap macam paria la kau ni scha..pastu dulu dlm intrend kau kate kau pts dgn fahrin sbb fahrin desak kau kawen,,pastu ni kau kate lagi die tu ringan tangan..kau ni putar alam la bongok..kenyataan kau berbelit2..dulu aku minat kau,,tapi sekarang kau pergi mampos...memang bodoh la kau ni,,sekarang kau baek2 dgn si linda off tu sbb nak jatuhkan fahrin,,kau tak ingat ke kenyataan linda "saya tak akan bergambar dgn scha al yahya"...kau ni mmg bodoh la scha..agk2 aku kena saman tak???hahhahaa..

 

Post a Comment