perkahwinan rita dan Aidil sah



Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini hari ini mengesahkan pernikahan aktres Rita Rudaini Mohammad @ Mokhtar dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak.

Pengesahan itu dilakukan oleh Hakim Rendah Mahkamah Syariah, Mohd. Yunus Mohamad Zin pada pagi tadi.

“Alhamdulillah, kami telah menerima pengesahan nikah di sini. Selepas ini kami hanya menunggu tarikh daripada peguam Boestamam Ahmad untuk mendaftar pernikahan kami di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI),” kata Aidil.

Aidil dan Rita bagaimanapun menafikan yang mereka sengaja melambatkan urusan pendaftaran nikah.

“Kami bukan lambat tetapi sebab masing-masing sibuk dengan kerja. Dia (Aidil) sibuk dengan kerjanya (bola sepak) dan saya pula sibuk dengan ‘shooting’.

“Lagipun, kami perlu menunggu peguam kami menguruskan hal ini,” kata Rita yang sedang sarat mengandung enam bulan.

Ditanya adakah mereka akan dikenakan denda kerana lewat mendaftar pernikahan, Rita dan Aidil menjawab: “Kami belum tahu lagi dan semuanya tiada masalah.”

kredit:mstar

0 comments:

Post a Comment