Zahida dan Noryn dapat Anugerah AMN ?

Aktres Zahida Rafik dan penyanyi Noryn Aziz dianugerahkan pingat AMN oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Shah Alam hari ini.

Bersempena dengan penganugerahan tersebut, kedua-duanya bakal menerima pingat dan sijil penghargaan daripada Sultan Selangor.

"Saya terkejut apabila menerima surat daripada Kerajaan Negeri Selangor di rumah baru-baru ini," katanya.

Menurut Zahida, dia tidak mengetahui atas kriteria apa yang membuatkan dia terpilih untuk menerima anugerah tersebut.

Baginya, mungkin disebabkan tuahnya yang merupakan anak jati Selangor, berstatus seorang pelakon dan selalu membuat kerja kebajikan.

"Sehingga sekarang saya masih tertanya-tanya kenapa dan berasa terharu bercampur gembira dengan anugerah ini kerana bukan senang nak dapat.

Sementara itu, penyanyi seksi Noryn Aziz pula menganggap apa yang dia kerjakan selama ini mendapat perhatian daripada pihak tertentu.

"I am proud of it. Mungkin pencapaian sebelum ini dipandang sejak saya membuat ‘come back’ hampir dua tahun ini.

"Kita hanya berusaha tetapi tidak ‘expect’ untuk mendapat apa-apa anugerah.

"Alhamdulillah, apa yang saya lakukan dipandang baik oleh pihak tertentu ‘especially’ Sultan Selangor.

"Mungkin ia ‘valuable’ untuk Kerajaan Selangor," jawab Noryn dalam nada merendah diri.

kredit:mstar

0 comments:

Post a Comment