Mencerita lanjut mengenai perkenalan menerusi hadis itu, Aida berkata: "Saya dikatakan tersilap menyebut satu hadis semasa mengacarakan program Wanita Hari Ini (WHI).
"Sebenarnya hadis itu telah betul tetapi mungkin tersalah dengar. Lalu dia meminta nombor telefon daripada kawan-kawan saya dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya untuk menjelaskan hadis itu.
"Banyak SMS dia hantar tetapi saya tak layan... Satu hari, dia call dan tanya sama ada saya tengok tak berita di TV3. Saya terkejut rupa-rupanya si dia ialah Saiful Nizam, pembaca berita Buletin Utama," jelas Aida.
Aida yang merupakan bekas graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) itu berkata, Saiful amat ikhlas mengenalinya.
"Sewaktu berjumpa dengan emak dan abah buat pertama kali, Saiful telah minta kebenaran berkawan dengan Aida...keikhlasan itu jelas wujud.
"Ibu bapa saya pun terasa keikhlasan Saiful," kata gadis Melayu yang berkulit mulus dan ukiran senyuman dapat mencairkan hati setiap jejaka.
Menurut Aida, dia tidak menolak Saiful itu adalah jejaka pilihan semua gadis kerana selain kacak, dia kuat pegangan agamanya.
"Kalau keluar pun, dia sering teringatkan solat...Tak payah orang ingatkan pergi surau," katanya yang tidak mengiyakan mahupun menolak gosip percintaanya dengan Saiful.
Aida berserah kepada Allah dalam soal cinta kerana menyedari jodoh tidak boleh dipaksa dan ia hadir tidak diundang.
Oleh itu, katanya, dia tidak meletakkan apa-apa harapan jauh lagi sasaran dalam perhubungan itu.
"Target kalau terlalu awal, takut jodoh tak kesampaian.. Kalau target lambat, orang lain akan tertanya-tanya kenapa kahwin lambat.
"Ibu bapa saya sebenarnya bimbang saya keluar berseorangan... lebih baik berteman,"
mari masak...
14 years ago
1 comments:
lagi kisah benar tentang Aida
http://impian-nurkasih.blogspot.com/2009/07/semenjak-kebelakangan-ini-gosip-cinta.html
Post a Comment