DISEBABKAN terlalu sibuk dengan ‘show’ sepanjang bulan ini, kelab peminat Stacy, Stacy Angie Frenz terpaksa meraikan sambutan majlis Hari Jadinya terlebih awal iaitu pada Isnin lalu walaupun ulangtahun kelahirannya jatuh pada 18 Ogos ini.
Stacy yang terkejut dengan kemeriahan sambutan majlis Hari Jadi yang dianjurkan oleh kelab peminatnya itu.
Menurut Stacy, pada mulanya mereka hanya meminta dia datang tanpa memberitahu ada ‘sesuatu’ yang mereka aturkan untuknya, biasalah namanya pun ‘kejutan’ Hari Jadi.
“Saya tak tahu yang mereka ada menyediakan ‘slide show’ yang mengumpul gambar kenangan saya sejak kecil hingga sekarang, lepas tu ada ‘game’ seperti Limbo Rock dan yang mereka aturkan.
“Saya suka semuanya kerana meriah sangat. Lagipun, ini kali pertama saya boleh mengenali peminat dengan lebih rapat dan rasa lebih dekat dengan mereka,” ujarnya mengenai kelab peminat yang telah mengumpul lebih 2,000 peminat itu.
Stacy berkata dia mendapat banyak hadiah seperti baju, anak patung, jam tangan Bonia dan aksesori seperti gelang.
Penonton yang hadir ke majlis Hari Jadi itu juga terhibur dengan persembahan nyanyian dan tarian lagu ‘Makhluk Tuhan Paling Seksi’ dua orang anak buahnya, Sin Chan dan Adel.
Selain itu, Stacy, abangnya, Chaq Mentor dan rakan seperjuangannya yang lain seperti Diddy AF, Thye Mentor, Hyrul Mentor dan Naizle turut menghiburkan tetamu yang hadir
kredit:mstar,budiey
mari masak...
14 years ago
0 comments:
Post a Comment