Nor Aliah Lee serik memberi jawapan?


Bagi Vee, hubungan cintanya bukanlah satu mainan tetapi dari jiwanya yang ikhlas... “Sebenarnya saya enggan lagi berbicara tentang cinta yang tidak kesampaian itu, apakan daya sudah tidak ada jodoh antara kami. Hubungan itu hanya mampu bertahan selama dua tahun dan saya kini pasrah. Kita hanya merancang tetapi tuhan yang menentukannya. Saya sedar mungkin ada pihak yang membuat pelbagai tanggapan negatif kerana status saya sebagai seorang janda, tetapi saya tidak sekali menjangkakan apa akan terjadi pada masa hadapan. Semua wanita yang bercinta mengimpikan sebuah perkahwinan, namun jika tersurat tiada jodoh apalah daya kita. Saya tidak tahu perjalanan hidup saya akan tertulis begini... berkahwin, bercerai, bercinta dan kemudian berpisah. Mungkin ada hikmah di sebaliknya, siapa yang tahu!”

Mungkin ianya satu kesilapan apabila hubungan itu didedahkan kepada pihak media? .“Sewaktu bersamanya saya ikhlas dan bukan sekadar suka-suka, saya juga ada maruah. Tetapi seperti yang saya katakan mungkin tiada jodoh antara kami. Dan ianya bukanlah satu kesilapan apabila hubungan ini diketahui umum, tetapi saya terasa serik untuk memberi jawapan lagi sekiranya ditanya mengenai teman atau kekasih selepas ini kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku di hari kemudian,” ujar Vee dalam nada suara agak tegas.

kredit:karangkraf/nona

0 comments:

Post a Comment