Afzan Tidak Sorok Status Duda


Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk merahsiakan status duda yang dipegangnya sejak 3 tahun lalu. Baginya tiada apa yang harus disembunyikan kerana ia sudah takdir. Itulah pengakuan peserta Anak Wayang, Afzan Rahman, 27, yang kini memburu cita-cita sebagai seorang pelakon.

Sejak berpisah, Afzan mula sibuk bekerja sebagai penari di Yayasan Warisan Johor selain meneruskan cara hidup baru. Namun dia tidak pernah melupakan tanggungjawabnya sebagai ayah kepada Muhammad Haikal, 6, yang kini dijaga oleh keluarga bekas isterinya itu. Jika ada kesempatan, pasti anak tunggalnya itu akan ditemui.

"Kami mendirikan rumah tangga ketika saya berusia 19 tahun dan ketika itu bekas isteri saya pula 18 tahun. Lepas 2 bulan berkawan, kami mengambil keputusan untuk berumah tangga kami tetapi akhirnya berpisah pada 2006. Bagi saya semua sudah menjadi kenangan dan apa yang berlaku ada hikmahnya.

"Cuma ketika ini saya gembira kerana perjuangan saya dalam Anak Wayang disokong oleh anak dan keluarga saya. Kerana merekalah pendorong untuk saya terus berusaha dan berjaya,” katanya yang mempunyai pengalaman lebih setahun dalam bidang lakonan.

kredit:murai.com.my

0 comments:

Post a Comment