Lebih 5,000 tetamu dan peminat telah membanjiri majlis kenduri perkahwinan mereka yang berkonsepkan ala Jawaitu yang berlangsung di rumah Mak Mah atau Ruminah Sidek sehingga ia menjadi cukup sesak dan meriah.
Kemeriahan majlis itu sudahmula dirasai sejak menghampiri kawasan rumah mempelai lagi apabila melihat begitu banyak deretan kereta berbaris di bahu jalan raya malahbas pelancong pun kelihatan ada.
Mengenai situasidan keadaan menantunya Emilda yang masih lagi kurang sihat selepas dimasukkan ke hospital baru-baru ini akibat sedikit pendarahan, Mak Mah berkata, dia sebenarnya risau apabila memikirkan tentang perkara itu.
"Tapihendak buat macamana sebab segala perancangan kenduri sudah pun dilakukan. Lagipun, mereka sendiri yang bersetuju untuk meneruskannya,"kata Mak Mah.
Tentang status Adlin sebagai duda anak satu, MakMah berkata, dia tidak nafikan bahawa satu masa dulu Adlin pernah mendirikan rumahtangga.
"Tapi kalau boleh Mak tak mahumengulas panjang tentang perkara ini. Sebab ia satu cerita yang dah terlalu lama. Waktu ia berlaku pun Adlin masih terlalu muda. Mak dan keluarga pun tak sempat dan bermesra dengan bekas isterinya itu."Lagipun, Mak ni seorang yang suka nak jaga hati semua orang. Mak takmahu nanti disebabkan cerita-cerita seperti ini, ada banyak hati yangterguris pula. Nanti, ia jadi perkara yang tidak enak," katanya.
Walaupunmajlis kenduri kahwin anaknya Adlin dan Emilda dilangsung di banglonya itu Mak Mah mengakui dia lebih senang tinggal di rumah kampungnya yang terletak tidak jauh dari kawasan itu.
"Mak lebih selesa tinggal di rumah kampung. Senang bagi Mak nak ke mana-mana. Yang ini adalah rumah persinggahan untuk Mak berkumpul bersama anak-anak dan rumah ini pun dibina di atas tanah Mak sendiri," katanya.
kredit:murai.com.my
0 comments:
Post a Comment