NADA suaranya cukup girang. Selain gembira dapat kembali kepangkuan ibu tersayang, Norsiah Ramli, setelah 'berpisah' selama tigabulan untuk menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), ada'sesuatu' yang membuatkan gadis berusia 18 tahun ini cukup ceria.
Diusik mungkinkah ada 'seseorang' yang juga tidak sabar menantikansi pemilik nama Diana Danielle ini menamatkan latihannya itu, sambilketawa, aktres ini hanya menjawab "tak adalah. Saya gembira sangatsebab dapat jumpa Mama".
Tetapi apabila cuba menyelami hati pelakon ini, Diana akhirnya tidakdapat 'menipu' dirinya lagi apatah lagi bila diajukan tentang khabarangin yang bertiup kencang ketika dia masih berada di dalam PLKN, yangmengatakan gadis ini sudah pun mempunyai cinta baru.
Dan jejaka itu dikatakan adalah aktor popular Farid Kamil.
"Memang perkara itu betul...saya tak nafikan dan sebenarnya sayamemang tidak jangka langsung. Tapi, saya tak mahu ulas lebih-lebihtentang perkara ini, ye. Cukup-cukuplah apa yang saya belajar menerusipengalaman yang lalu.
"Kita bercakap tentang perkara lain sajalah," tutur Diana sambil cuba mengalih topik.
Ketika khabar angin itu mula tersebar, ramai yang tidak pastisejauhmana kebenaran hubungan mereka itu, apatah lagi Farid jugasebelum ini telah digosipkan menjalinkan hubungan cinta dengan seoranglagi aktres muda, Lisa Surihani.
Malah, tidak pasti pula bagaimana Farid dan Diana dapat'menjalinkan' hubungan memandangkan Diana sedang menjalani ProgramLatihan Khidmat Negara (PLKN) selama tiga bulan sejak Mac lalu danpastinya sukar untuk berhubungan.
Ibunya yang diajukan tentang hal ini ketika itu juga hanya ketawamembaca kisah anaknya itu yang dikatakan mungkin sedang mengamalkanhubungan cinta 'jarak jauh' dengan aktor tersebut. Menurut Norsiah, diaakui Farid dan Diana memang berkawan baik, namun dia juga tidak tahuadakah mereka benar-benar serius.
Ditanya bagaimana mereka 'menjaga' hubungan tersebut sepanjang Dianaberada di PLKN, pelakon ini tetap mengelak untuk menjawab soalantersebut.
Namun, pelakon yang sebelum ini pernah berkasih dengan pelakon danpengarah, Syamsul Yusof itu akui, hubungannya dan Farid pada asalnyamemang bermula atas dasar persahabatan.
"Itu saja yang boleh saya cakap. Farid adalah lelaki yang baik. Diaseorang yang 'cool', itulah yang membuatkan saya cukup kagumdengannya," kata Diana yang terus enggan berbicara tentang hal itu.
0 comments:
Post a Comment