Tomok buktikan dia tidak sombong





BARU-BARU ini, juara One In A Million (OIAM) musim ke-3, Shah Indrawan Ismail atau Tomok mengaku kesilapannya yang dikatakan sombong oleh segelintir peminatnya.

Namun begitu, jejaka berusia 25 tahun ini tidak menyalahkan peminatnya semata-mata kerana akur dengan situasi dia tidak mampu memuaskan hati semua pihak apabila berhadapan dengan ribuan orang.

Malah, Tomok masih tidak lepas meraikan peminatnya apabila membuat majlis kesyukuran di kediamannya di Cheras baru-baru ini.

Majlis tersebut turut dilakukan untuk meraikan kejayaan kakaknya, Ismaliza Ismail, 30 selepas mendapat tempat ke-5 dalam Akademi Fantasia (AF) musim ke-7.

Menurut Tomok, majlis itu berlangsung sejak pukul 11 pagi sehingga pukul 8 malam dan mereka menerima kehadiran tetamu yang tidak putus-putus iaitu terdiri dari kalangan ahli keluarga, peminat dan rakan-rakan.

Kata Tomok, makanan yang dihidangkan dimasak sendiri oleh ahli keluarga dan sanak-saudaranya secara gotong-royong.

“Mula-mula nak tempah ‘catering’ tetapi apabila membuat mesyuarat dengan ahli keluarga, kami memilih untuk memasak sendiri sebab ia lebih mengeratkan hubungan antara kami,” katanya.

kredit:mstar

0 comments:

Post a Comment