Selepas 3 hari diberi peluang untuk undian (AWUNDI), akhirnya peminat program realiti TV Anak Wayang memilih Dayana untuk membintangi drama bersiri Kecuali Cintamu di Astro Prima, sekaligus menewaskan saingan terdekatnya, Feeya.
Dayana atau nama sebenarnya, Nur Dayana Kamsun Baharin, 18, yang berwajah iras pelakon Scha Al-Yahya dan Amy Mastura, telah terpilih menerusi undian SMS penonton sejak kelmarin, Jumaat selepas dia dan Feeya dipilih oleh juri profesional iaitu Nasha Aziz, AR Badul dan Rashid Sibir.
Sebelum ini dalam Pentas Anak Wayang, Dayana telah beraksi dengan beberapa tugasan di studio dan sebabak drama sebagai jururawat arahan Prof A Razak Mohaideen.
Selepas terpilih dalam undian SMS, barulah Dayana muncul dalam episod sebenar Kecuali Cintamu yang ke udara di Astro Prima malam tadi. Turut berlakon dalam siri itu adalah Nanu Baharuddin, Haleeda, Aman Shah, Mustapha Kamal, Puspha Narayanan dan Liza Abdullah.
kredit:murai.com
0 comments:
Post a Comment