Disney minat pasarkan animasi Upin & Ipin




Les' Copaque Production Sdn Bhd kini dalam peringkat akhir perbincangan dengan saluran Disney yang bakal menyaksikan siri animasi 3D Upin dan Ipin serta filem Geng: Pengembaraan Bermula ditayangkan di 17 negara Asia Tenggara dan Korea.

Pengarah Kreatif dan Pemasarannya, Mohd Nizam Abdul Razak, berkata syarikatnya dalam proses akhir pemeteraian perjanjian selepas Disney berminat dengan kualiti yang ditonjolkan menerusi Upin dan Ipin.

"Disney bersetuju untuk menayangkan Upin dan Ipin di Asia Tenggara serta Korea yang seterusnya membuka peluang kepada kami bagi memasarkannya di negara Eropah melalui pasaran mereka," katanya.

Katanya, siri animasi 3D 42 episod kesukaan ramai itu dijangka mula ditayangkan Disember ini manakala Geng: Pengembaraan Bermula pula akan mula ditayangkan tahun depan di negara terbabit.

kredit:hmetro

0 comments:

Post a Comment