Arni hamil dua bulan


MELIHAT susuk tubuh aktres dan penyanyi Arni Nazira Anuar, 31, nampak semakin 'berisi' dan berseri-seri ditambah pula dengan kehamilannya yang kini mencecah usia dua bulan.

Arni hamil selepas lebih tiga bulan mendirikan rumah tangga dengan Wan Mohd. Hazrie Wan Mokhtar, 32.

Disebabkan faktor hamil dan masih baru membina keluarga bersama suaminya itu, Arni berkata dia telah membuat keputusan menutup buku buat sementara waktu untuk aktif dalam industri seni hiburan tempatan.

“Kini saya sedang hamil dua bulan dan menjalankan kehidupan sepenuhnya bersama keluarga seperti biasa.

“Sebenarnya, buat masa sekarang saya baru nak mulakan kehidupan sebagai seorang isteri selepas hampir tiga tahun bersendiri.

“Lagipun saya fikir hendak menyanyi dan berlakon perlukan banyak komitmen di luar.

“Tawaran berlakon tu memang ada tetapi saya terpaksa tolak dahulu. Nak berehat untuk selama-lamanya tu tak pasti lagi sebab selepas bersalin saya akan ada ‘baby’ dan sekarang pula saya akan menumpukan pada kandungan pula.

“Ikutkan, suami saya lagi suka saya menjadi suri rumah namun dia juga tidak menghalang saya untuk berlakon. Sejak berkahwin lagi saya sudah fikir untuk berehat,” kata Arni

kredit:mstar

0 comments:

Post a Comment