Jo-Anna Sue sungguh bertuah mendapat 'lamaran' dari penyanyi hebat Jamal Abdillah untuk beraksi di konsertnya Ogos nanti.
Apapun alasan yang diberi, kenapa dan mengapa Jo-Anna Sue yang dipilih dna bukannya penyanyi lain, itu bukan persoalannya.
Tentu sekali bakat Jo-Anna Sue turut terserlah, seiring dengan wajah jelita.
Ianya satu peluang keemasan beraksi bersama Jamal di Konsert Jamal...Kembara Seniman di Panggung Sari, Istana Budaya, bermula 5 hingga 9 Ogos ini.
Penyanyi baru berusia 20 tahun ini tidak teragak-agak merebut peluang itu.
"Bukan senang untuk mendapat tawaran seperti itu. Lagi pun Abang Jamal merupakan artis veteran yang hebat.
"Saya terus mengambil peluang ini untuk mengambil pengalaman berharga seperti ini. Ternyata peluang ini hadir bagai bulan jatuh ke riba,"
kredit:mstar
mari masak...
14 years ago
0 comments:
Post a Comment