"Tiada apa-apa sebenarnya, hal sudah selesai. Faizal tetap hadiri APM dan telah pun berangkat ke Jakarta," ujar Ketua Pegawai Eksekutif 8TV dan Penerbit Eksekutif Monkeybone, Ahmad Izham Omar ketika diminta mengulas tentang artisnya, Faizal Tahir yang dilaporkan gagal menaiki pesawat untuk menghadiri Anugerah Planet Muzik (APM) di Jakarta, semalam, akibat tidak melunaskan bayaran pinjaman dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
APM akan berlangsung di Pusat Konvensyen Jakarta malam esok. Faizal turut tercalon bagi kategori Artis Malaysia Paling Popular dan Artis Serantau Paling Popular pada anugerah tersebut.
Dalam pada itu, Pengurus Artis 8 Unit, Jacynta berkata, insiden yang berlaku semalam dianggap hanyalah satu masalah kecil.
"Ada sedikit masalah kecil berlaku di Imigresen dan tiada kena-mengena dengan PTPTN. Faizal telah pun menaiki pesawat ke Jakarta hari ini. Memang dia sangat teruja untuk ke sana, malah ramai yang berharap Faizal dapat turut serta di APM kerana dia turut membuat persembahan.
kredit:mstar
mari masak...
14 years ago
0 comments:
Post a Comment