Dayang Menjual Di Bazaar Suria FM


Biasanya dalam musim perayaan seperti ini, selebriti cukup sibuk membuat persiapan menyambut lebaran selain menerima jemputan untuk persembahan kala majlis berbuka puasa. Tetapi bagi Dayang Nurfaizah, musim perayaan ini digunakan untuk tujuan amal dengan menjual biskut.

Dia yang ditemui di bazaar Ramadhan anjuran Suria FM di Jalan Raja Alang, Kampung Baru berkata, “Dayang cukup seronok terlibat dengan bazaar ini. Ianya memberi peluang untuk Dayang bertemu peminat selain menjual biskut dimana hasilnya akan disalurkan kepada tabung khas bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik.

“Tahun ini adalah kali pertama Dayang terlibat dalam menjual biskut ‘Dayang Sayang Kamu’ setelah beberapa tahun menjualnya secara online seperti melalui Facebook,” ujar Dayang gembira.

Melihat tarikan yang ada pada biskut ‘Dayang Sayang Kamu’, dia ditanya samada membakar sendiri biskut berkenaan. “Biskut ini bukan dibuat sendiri, tetapi ada penjual yang telah sekian lama membekalkan kepada Dayang. Ianya cukup istimewa kerana dibuat dari emping jagung dan mempunyai jem strawberi.”

Dalam temuramah yang sama, Dayang ditanya persiapan menyambut lebaran untuk tahun ini. “Sama seperti tahun-tahun terdahulu, sekadar persiapan yang ringkas. Cuma kali ini, Dayang berkesempatan untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga di Kuching kerana dapat bercuti lebih awal,” jelasnya yang cukup popular dengan lagu “Dayang Sayang Kamu”.

kredit:gua.com.my

0 comments:

Post a Comment