Krisdayanti: Saya dan Rahul hanya teman biasa!



menerusi laporan media Indonesia sebelum ini, Kris yang pernah dikaitkan dengan beberapa nama dikatakan sedang menjalinkan hubungan dengan seorang ahli perniagaan dari Timor Leste. Kris juga dikatakan sedang berada di Timor Leste, saat Anang mengeluarkan kenyataan tentang perceraian ini.

Lebih mengecewakan Anang, kecurangan si isteri itu berlaku di depan mata anak-anaknya yang kemudiannya mengadu kepada Anang. Antara yang didedahkan Anang, mereka tidak lagi tinggal sebumbung sejak hampir sebulan lalu. Malah, katanya, hasrat untuk bercerai juga akhirnya datang daripada Kris sendiri.

Dan menerusi laporan laman web, detikHot.com, Kris hari ini tampil berdepan dengan pihak media menjelaskan tentang perceraiannya dengan Anang yang hampir 13 tahun menjadi suaminya itu.

Kata Kris, dia ingin proses cerai itu diselesaikan dengan cepat dan akan mendaftarkan cerai di Pengadilan Agama.

"Saya akan melayangkan permohonan cerai seminggu selepas Aidilfitri nanti," kata Kris di kediamannya di Radio Dalam, Jakarta Selatan, semalam setelah pulang dari Timor Leste.

Ujarnya, dia akan membuat permohonan itu setelah sambutan lebaran kelak kerana ingin menghormati hari kemenangan umat Islam itu. Tambah Kris, dia mengambil keputusan untuk berbicara tentang perceraian ini pada bulan Ramadan setelah Anang tampil mengeluarkan kenyataan kelmarin.

Kata adik kepada penyanyi Yuni Shara ini, dia seboleh mungkin tidak mahu memanjangkan cerita kerana tidak mahu timbul sebarang fitnah serta salah sangka tentang kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan mereka.

"Saya hanya akan membacakan catatan hati saya ini seminggu setelah hari lebaran nanti. Pokoknya, saya ingin semuanya cepat dan tidak ada ribut-ribut," katanya.

Hak penjagaan dua anak-anak mereka akan dipegang oleh Anang, manakala sejumlah harta bersama pasangan ini akan diberikan kepada anak-anak mereka.

Dalam pada itu, ditanya tentang kewujudan orang ketiga yang disebut-sebut menjadi punca perceraian mereka iaitu jutawan dari Timor Leste bernama Rahul Lemos, Kris menolak tegas tentang perkara itu.

"Hati-hati bila berbicara tentang nama kerana ada pihak yang akan disakiti. Saya dan beliau hanya teman biasa saja," katanya yang ditemani Yuni Shara pada temubual itu.

Menurut KD, dia mengakui Rahul menjadi penaja utama yang mengundangnya mengadakan persembahan di sana.

"Betul, memang Rahul yang menaja dan membawa saya ke Timor Leste. Dan juga membawa Dian HP Production, penari dan kru-kru lain," katanya.

Tambah Kris, kunjungannya ke sana adalah sebagai tetamu negara, bukan sebagai tetamu 'peribadi' Rahul yang juga sudah mempunyai isteri.

"Saya di sana menjadi tetamu negara. Empat hari di sana, saya selalu dikawal," ujarnya.

Kris bagaimanapun tidak mengulas lanjut sejak bila dia mula mengenali Rahul. Penyanyi tersohor ini juga menafikan pengakuan Martha, isteri Rahul yang mengatakan suaminya beberapa kali mengadakan jamuan makan malam peribadi bersama Kris.

Menurut laporan di detikHot.com lagi, Kris akui sudah sebulan tidak bertemu dengan anak-anaknya yang berada di bawah jagaan Anang. Kris dan Anang sudah sebulan tidak tinggal sebumbung.

"Sudah sebulan saya tidak bertemu anak-anak, walaupun kita tidak terpisah dengan jarak yang jauh. Hati saya sedih berdepan semua ini, nyawa saya seperti hilang," tuturnya.

Kata Kris, bukan hanya Anang yang membataskan peluang untuk bertemu anak-anaknya, malah, kedua-duanya juga tidak mahu bertemu dengan ibu mereka sendiri.

Namun, kata Kris, dia tidak pernah menyimpan perasaan marah mahupun dendam dan menganggap apa yang berlaku adalah satu cubaan untuk dirinya.

Kali terakhir Kris mengetahui perkembangan anak-anaknya adalah dari guru mereka seminggu yang lalu.

"Saya berkomunikasi dengan guru mereka dan kata guru Aurel, dia sudah datang haid. Alhamdulillah, dia sudah menjadi perempuan dewasa," ujar Kris dalam keadaan sebak

kredit:mstar

0 comments:

Post a Comment