"Superman" Faizal Tahir bakal menjalani pembedahan pagi ini di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur. Faizal dikatakan telah mengalami kecederaan pada lutut yang pernah cedera sebelum ini ketika bermain futsal.
Dengan pembedahan ini, Faizal dijangka akan terpaksa berehat buat jangkamasa sehingga enam bulan. Ini sekaligus bermakna proses rakaman album terbaru beliau yang diterbitkan Audi Mok akan turut tergendala.
sama-sama doakan agar pembedahan Faizal akan berjalan dengan baik dan juga beliau akan cepat sembuh nanti.
kredit: gua.com.my
mari masak...
14 years ago
0 comments:
Post a Comment