Bienda rancang kahwin tahun depan


Bienda yang pernah popular dengan lagu Penantian ini dikhabarkan sudah berkahwin secara senyap-senyap pada 10 Oktober lalu.

"Kawan-kawan ada menghubungi saya bertanyakan kesahihan ini apabila mereka terbaca gosip tentang perkara ini di akhbar. Saya malas untuk bercakap tentang perkara ini dan tidak mahu komen apa-apa. Masing-masing berhak cakap apa saja.

"Apa yang boleh saya katakan, tunggu sajalah undangan perkahwinan saya pada bulan Oktober tahun depan. Paling lewat pun, mungkin November. Cukuplah saya jelaskan macam itu saja dan terserahlah apa yang orang akan faham dengan penjelasan saya ini.

"Biarlah jika ada orang yang ingin terus bercakap. Sebelum ini pun, macam-macam yang saya dengar orang bercakap tentang saya. Tetapi cerita itu kemudiannya akan berlalu pergi.

"Cuma saya berharap, apa pun cerita yang timbul, janganlah sampai mengaibkan mana-mana pihak," tegas anak kepada penyanyi dangdut, Sheeda ini.

Menurut gadis berusia 23 tahun itu, dia lebih senang mengambil sikap untuk tidak mempedulikan saja tentang kisah terbaru yang timbul ini kerana tidak mahu membesar-besarkan hal tersebut.

"Saya tidak tahu macam mana timbul cerita ini. Apa yang pasti, kawan saya memang ada yang berkahwin pada tarikh 10 Oktober lalu. Saya hanya akan berbincang dengan keluarga tentang perkahwinan pada awal tahun depan.

"Buat masa ini, saya terlalu sibuk dengan penggambaran drama dan biarlah saya fokus tentang karier dulu. Album terbaru saya juga baru saja dipasarkan tengah tahun lalu.

"Sebab itu saya tidak mahu kusutkan kepala dengan cerita-cerita seperti ini," kata Bienda yang sedang menantikan tayangan filem lakonannya,

"Biar sudah 'confirm' nanti, barulah saya gembira untuk bercerita banyak. Lagipun, saya ni perempuan, tak manislah kalau banyak bercakap tentang perkara ini.

"Apa yang boleh saya katakan, kami sudah dua tahun berkenalan dan dia hanyalah orang 'biasa' yang bekerja di sebuah stesen televisyen, tetapi bukan di RTM seperti yang pernah digembar-gemburkan sebelum ini," ujarnya.

kredit:mstar

0 comments:

Post a Comment