RAMAI sudah mengetahui hubungan aktor dan aktres yang sedang hangat bercinta, Fizz Fairuz dan Almy Nadia.
Kini, hubungan cinta mereka masih kukuh sejak dua tahun lalu cuma masing-masing tidak mempunyai masa untuk bersua muka sepanjang Hari Raya ini.
Apabila Almy mempunyai masa lapang, Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairus Zainal Abidin pula sibuk berlakon. Begitu juga sebaliknya.
Semasa Fizz mengadakan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri pada hujung minggu lalu, sempat juga bertanya tentang Almy namun Fizz mengatakan yang kekasih hatinya itu tidak dapat hadir atas sebab sedang menjalani pengambaran sebuah telefilem
“Almy habis penggambaran pada pukul 1 pagi (Sabtu) jadi sebab itu dia tak dapat datang. Setakat ini, kami belum sempat beraya bersama-sama sebab sibuk dengan kerja masing-masing.
“Kami belum berjumpa lagi..... apabila dia pulang dari raya di kampungnya di Pulau Pinang, saya pula mula penggambaran dan selepas itu dia pula sibuk dengan penggambaran.
“Hubungan kami macam biasa ‘ok’ dan tiada masalah cuma masing-masing sibuk dengan kerja,” kata Fizz yang tidak mempunyai perancangan untuk melamar Almy setakat ini.
Noorhaizan ( ibu Fizz), dia tidak kisah dengan pilihan anaknya yang mesra dengan panggilan Fairus atau Alang dikalangan ahli keluarganya itu.
“Kami suka dengan Almy dan arwah ayah Fairus juga berkenan dengannya. Jadi, saya dan keluarga tiada masalah untuk menjadikan Almy sebagai calon isteri Fizz.
“Kadangkala tu Almy biasa juga datang ke sini (rumah Fizz) apabila saya datang ke sini.
“Saya tak tahu lagi bila mereka akan berkahwin sebab apabila saya tanya Fairus biasanya dia diam sahaja. Kami sekeluarga ikut sahaja kerana perkahwinan ini benda yang baik.
“Lagipun, mereka berkawan sejak arwah ayah dia ada lagi. Saya ada juga nasihatkan Fairus untuk simpan duit untuk kahwin,” katanya yang mempunyai tiga orang anak yang belum berkahwin lagi termasuk Fizz.
mari masak...
14 years ago
1 comments:
Salam semua,
Kami ingin menjemput anda menyertai komuniti blogger dari serata tanahair. Ianya mempunyai fungsi yang sama seperti Innit (Nuffnang) dan Digg. Anda boleh menjana traffic dengan pantas dan PERCUMA!
Sertai sekarang: Blogger Malaysia
Malaysia Boleh!
Post a Comment