Semuanya gara-gara kerana inginkan bentuk badan seperti Jessica Alba. Tapi lain yang diharapkan, lain yang terjadi. Kerana kesilapan pengajar gim, berat badan Julia Ziegler melambung naik hingga 64kg.
"Dia sepatutnya beri Julia ubat 'fat burner' tetapi dia tersalah beri 'weight gain'. Julia ada marah dia tapi boleh dia jawab body Julia sekarang ni lagi solid dan mantap. Ibu pun, hari tu cakap, sedap bila peluk Julia.
"Julia dah henti ambil ubat tu. Berat badan dah turun ke 58kg. Berat normal Julia 52kg. Julia sekarang taknak ikut sesiapa, hanya inginkan kesihatan fizikal yang baik."
Selain ke gim untuk menurunkan berat badannya, Julia mengamalkan diet minum air suam atau 100 Plus, dan makan sandwiches sekali sehari. Dia yakin dalam masa dua minggu dia dapat menurunkan berat badannya ke berat asal.
Akibat daripada ubat yang diambil, muka Julia juga terbentuk ruam. "Mula-mula tu teruk juga muka Julia. Tapi dah okay sekarang ni. Makin tua, kita kena jaga pemakanan kita."
Menurut gadis berusia 25 tahun ini lagi, rupa-rupanya ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Kebetulan watak yang dimainkan di dalam telemovie 'Suara Moon' adalah seorang wanita gemuk.
"Jadi ada kesinambungan-lah. Dah rezeki I kena gemuk," katanya sambil ketawa.
Selain 'Suara Moon', projek lakonan Julia yang masih menanti tarikh tayangan termasuk telemovie 'Cantik' dan 'Psycho Psychic' serta filem 'Suaka' (cerita Indonesia, lakonan bersama Pierre Andre) dan 'Crazy Crazy Crazy'.
Walaupun tidak putus tawaran lakonan diterima tetapi buat masa ini, kongsi Julia, dia lebih senang melepak di rumah, meluangkan masa dengan keluarga, berhibernat dan makan.
"Julia bukan tinggalkan bidang seni. Cuma nak rehat sekejap sementara menunggu kakak balik. Ada tawaran filem tapi itu masih dalam pra-produksi."
Tambahan pula, pada November depan dia akan berangkat sekali lagi ke Amerika Syarikat. Kali ini membawa bersama ayah yang sudah enam tahun tidak pulang ke kampung halaman untuk menziarah ibunya (berusia 83 tahun) dan saudara-mara. Perancangan Julia untuk berada di sana sehingga tahun baru.
"Antara kami adik-beradik, Julia yang paling rapat dengan keluarga ayah di sana. Selalunya, Julia yang jadi orang tengah di antara mereka. Jadi, Julia kali ini nak bawa ayah bersama. Ayah dah lama tinggal di sini hingga terlupa ada keluarga di sana."
kredit:gua.com.my
mari masak...
14 years ago
0 comments:
Post a Comment