HUSNI Mohd Rawi atau lebih dikenali dengan nama Bob KU2 atau Kuman telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) selama tiga hari setelah doktor mendapati jantungnya bengkak akibat paru-parunya dimasuki air.
Bob, 38, yang dihubungi semalam berkata, keadaannya kini sudah stabil dan dia sudah dimasukkan di wad biasa, namun masih di dalam pemerhatian doktor.
"Semuanya berpunca kerana saya tidak cukup rehat. Sejak pulang dari umrah beberapa hari sebelum Ramadan lalu, saya tidak cukup tidur ditambah pula dengan kerja yang banyak. Bila kurangnya tidur, macam-macam penyakit datang 'serang'.
"Saya diserang demam dan batuk-batuk selama seminggu. Isteri saya, Sri Hidayu akhirnya paksa saya ke klinik. Doktor kemudiannya suruh saya ke Hospital Pusrawi.
"Ikutkan saya, memang saya tidak mahu ke hospital, tetapi setelah isteri saya tetap memaksa, saya pergi juga.
"Di sana barulah saya tahu keadaan saya agak bahaya juga dan doktor cakap jantung saya bengkak kerana paru-paru saya dimasuki air.
"Saya berada di ICU selama tiga hari dan baru hari ini (Isnin) saya dimasukkan ke wad biasa pula. Insya-allah, bila air sudah kurang sikit dari badan, barulah saya dibenarkan pulang," kata Bob yang sudah empat hari berada di hospita.
Kata pelakon dan penyanyi ini lagi, dia juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan artis seperti Zaibo dan Azwan Ali yang datang melawatnya ketika dia terlantar di ICU baru-baru ini.
"Saya ni jenis yang tidak suka nak heboh-hebohkan sangat tentang hal ini. Mana yang tahu, tahulah. Lagipun, sepanjang berada di hospital, saya dijaga dengan baik oleh isteri tercinta.
"Apapun, alhamdulillah, keadaan semakin baik. Harap-harap cepatlah saya sembuh untuk meneruskan karier saya seperti biasa," kata Bob yang sepatutnya sedang di dalam penggambaran sitkom Senario yang baru.
kredit:mstar
mari masak...
14 years ago
0 comments:
Post a Comment