Sharifah Sofea Menghitung Hari


“I’m getting married in 10 days,” umum Sharifah Sofea dengan selambanya.

Sambil ketawa, Sofea memberitahu pengalaman merancang perkahwinannya telah banyak mengajarnya untuk bertenang.

“Lagipun, semuanya sudah diuruskan keluarga dari kedua belah pihak. Saya hanya menghitung hari, sambil menghabiskan masa memanjakan diri di spa. Kalau tiga bulan lalu, tertekanlah juga sebab apa saya nak, ibu bapa kami nakkan yang lain. Akhirnya, semua yang saya rancangkan diubah.

“Selepas ni, bila anak-anak saya nak berkahwin, saya serahkan semuanya pada mereka untuk putuskan sebab saya tahu perasaannya. Mungkin untuk ulangtahun perkahwinan kami yang ke-10 baru dapat saya adakan majlis yang saya inginkan,” kata gadis berusia 24 tahun ini yang memang tak habis dengan lawaknya.

Akad nikah akan diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan sementara resepsi di Hotel Concorde. Awalnya, Sofea merancang untuk mengadakan ‘rooftop garden wedding’, gabungan ide tunang dan dirinya.

“Datang pula pakciknya yang mencadangkan untuk mengadakan resepsi di ballroom hotelnya. Dari ‘rooftop garden wedding’ dah menjadi ‘hotel wedding’,” keluh Sofea sambil tersenyum.

“Tapi saya memang tak bersetuju bila mereka nak adakan ‘belly dancing’ di majlis resepsi, sebab tunang saya ada campuran Palestin. Nasib baik mereka batalkan ide itu,” tambahnya yang akan mengenakan baju rekaan Amir Luqman pada malam itu, sepasang baju kebaya ala 1920/1930-an yang belum sempat lagi dia pergi ‘fitting’.

Namun tidak semua ide Sofea ditolak. Tema warna majlis (merah, biru dan putih), rekaan kad perkahwinan, hiasan pelamin dan hantaran adalah ide-nya sendiri.

“Sebenarnya, ada lagi benda yang mereka nak tukar tu walaupun cuma tinggal 10 hari saja lagi. Yang membuatkan saya ‘stress’ sekarang ni ialah bila memikirkan jumlah tetamu yang bakal hadir di resepsi nanti. Bimbang juga jika saya menjemput terlalu ramai orang padahal tempat tu hanya boleh memuatkan 550 orang. Harap-harap semuanya okay.”

Akibat urusan kerja, tunangnya, seorang ahli perniagaan berusia 30 tahun, tidak dapat melibatkan diri dalam perancangan majlis perkahwinannya sendiri kerana sering ‘oustation’.

“Lepas tu, dua minggu sebelum kita nak berkahwin, baru dia nak cadangkan buat ni, buat tu. Marahlah juga pada dia tetapi walau apapun perselisihan kami, di penghujung hari, we'll hold hands dan saling meminta maaf,” kata anak kelahiran Liverpool, England ini.

Saling mengenali sejak usia Sofea 14 tahun lagi, mereka hanya mula berkasih dua setengah tahun lepas. “Masa remaja tu tak terpikat langsung pun pada dia sebab dia gemuk,” ujarnya sambil ketawa.

Komunikasi di antara mereka terputus selama beberapa tahun apabila dia ke luar negara melanjutkan pelajaran. Tapi kalau sudah jodoh, tak ke mana. Mereka bertemu semula sekembalinya dia ke tanahair dan dari situ bermulalah bibit percintaan mereka. “I wish I had a romantic, sappy story tapi kisah cinta kami biasa je."

Bila ditanya mengapa dia yang menjadi pilihan hatinya, Sofea menjawab, “Mula-mula kenal, dia seorang yang agak egois, suka bercakap besar … Tapi bila dah lama berkawan, jika saya merasa dia dah keterlaluan, saya hentam saja. But he’s 'rebellious', berdikari, mampu melakukan banyak perkara, berpotensi sebagai seorang teman hidup dan rakan.

“It was my trip ke Amerika Syarikat pada tahun lepas yang menyedarkan kami berdua kesukaran untuk berjauhan dari satu sama lain. Bila I balik, kami sama-sama putuskan untuk berkahwin,” dedah Sofea yang merancang untuk berbulan madu di Maldives dan sebuah tempat bersalji (“Sebab sejuk, dapatlah saya peluk dia selalu,” selorohnya).

kredit:gua.com.my

0 comments:

Post a Comment