Linda Onn Tak Tahu Fahrin-Scha Berpisah


"Betul, saya tak tahu," ujar Linda Onn apabila ditanya jika sudah mendengar khabar angin yang bekas kekasihnya, Fahrin Ahmad dan Scha tidak lagi berpacaran.

"Serius ke ni? Tapi bagi saya, saya taknak tahu dan kalau boleh saya tak mahu ambil tahu. Di antara saya dan dia (Fahrin), itu semua 'history'.

"Perhubungan dia dengan orang lain, saya taknak masuk campur dan saya taknak komen apa. Saya zip mulut," katanya yang ditemui petang tadi ketika Pertandingan Kek Coklat Ketiga yang berlangsung di Great Eastern Mall, Ampang, Kuala Lumpur.

Tahun lalu, apabila tersebarnya berita bekas 'teman tapi mesra' ini tidak lagi bersefahaman, Linda dilihat ramai sebagai puncanya. Tetapi dengan perkembangan terbaru ini, mungkinkah Fahrin yang selama ini bermasalah?

"Bila berita kami berpisah dihebohkan, saya mengambil keputusan mendiamkan diri. Tetapi akibatnya, saya yang disalahkan. Wartawan pun marah dan 'condemn' saya.

"Bagi saya, biarlah masa tunjukkan kebenarannya. Hari ini dan untuk masa yang akan datang, biar orang yang menilai apa yang berlaku. Saya kekalkan pendirian saya untuk berdiam diri. Apa (cerita) yang keluar itu, bukan dari mulut saya."

Mungkinkah apa yang berlaku ini membuka ruang untuk mereka kembali bersama, seperti yang diharapkan sebilangan orang?

"Bila kita bersama, orang tanya mengapa dengan dia. Bila kita dah berpisah, orang tanya mengapa tidak dengan dia. Orang ni sampai bila-bila pun cakap. Pentingnya, kita tahu apa yang terbaik buat diri kita," katanya yang kini lebih selesa bersendirian.

kredt:gua.com.my

0 comments:

Post a Comment