Imran Ajmain Terkejut Dengan Pengakuan Saerah


"I was a little shocked that she would say such a thing. I think it was pretty irresponsible. Dia, saya dan pengurusan kami mempunyai persefahaman yang jelas tentang apa yang kami lakukan dan perancangan kami. Tak dinafikan gosip terdahulu yang mengaitkan kami berdua telah membuat kami lebih akrab tetapi rasanya tidaklah begitu rapat sehingga kami boleh 'commit' dan mengumumkannya kepada umum.

"Tapi itu tak bermakna saya jenis orang yang akan menyembunyikan perhubungan saya. Saya sudah dewasa dan matang, dan mampu membuat keputusan sendiri. Jika perhubungan itu serius, saya tidak akan menyoroknya," luah Imran Ajmain.

Baru-baru ini, Saerah telah membuat pengakuan mengejut ketika majlis pelancaran 'Konsert Seribu Warna' kakaknya, Dato' Siti Nurhaliza - malah Siti dan Saida juga dikatakan terkejut mendengar pengumuman adik mereka - di mana dia mendedahkan hasrat untuk berkahwin tahun depan. Bila ditanya jika calon suaminya adalah Imran Ajmain, dia membalas dengan senyuman.

Ditemui semalam ketika acara Janji Temu Hangat Bersama 10 Jejaka Idaman Cosmopolitan di Pin Junction e@Curve, Imran memberitahu GUA yang dia banyak mendapat panggilan dari keluarga dan saudara-mara selepas tersebarnya berita itu.

"Saya tak baca laporan itu tetapi orang yang beritahu saya. Ibu saya sempat bertanya, 'You're making wedding preparations without me?' Tapi dia faham keadaan sebenarnya. Perhubungan kami sangat rapat dan saya berkongsi semuanya dengan dia.

"Rasanya apa yang berlaku itu 'went too far ahead of me' dan ia tidak adil ke atas diri saya. Ia satu beban dan tekanan, lebih-lebih lagi apabila saya tidak rapat pun dengan keluarganya sampai boleh dikaitkan dengan mereka."

Memberitahu ada berhubung dengan Saerah dua hari lepas, Imran mengakui ada sedikit ketegangan dalam perbualan mereka.

Belum lagi diuji dengan kisah kontroversi atau skandal, Imran melihat apa yang berlaku sebagai satu pengajaran yang mematangkannya.

"Sebenarnya, saya amat berhati-hati dalam setiap perilaku saya, tiada gambar yang disebarkan ... Saya dibesarkan dalam persekitaran yang konservatif dan ia banyak membantu mendisiplinkan saya. I guess apa yang berlaku ini taklah seteruk mana dan saya melihatnya secara positif, sebagai sesuatu yang mematangkan saya lagi," katanya yang sudah ada insan istimewa dalam hidupnya.

kredit:gua.com.my

0 comments:

Post a Comment