ERRA tak mahu dibedah...



Bahagia Erra kini tidak dapat ditahan-tahan lagi.
Namun jauh di sudut hati, ada tiga perkara yang selalu membuatkan dirinya dicengkam ketakutan.
"Saya takut menghadapi proses melahirkan anak. Kalau diizinkan Tuhan, saya mahu menjalani proses ini secara normal. Saya tak mahu dibedah.
"Kemudian saya tak pasti bagaimana hendak menjalani proses berpantang kerana ini juga pengalaman pertama yang bakal saya tempuh.
"Dan yang paling saya bimbangkan kelak, mampukah saya menjadi seorang ibu yang baik kepada anak saya? Saya takut tidak mampu memikul tanggungjawab mendidik dan membesarkan anak dengan baik," luah Erra yang berdoa agar semua ketakutan itu reda dengan rahmat Tuhan kelak.

0 comments:

Post a Comment