Stacy, Agnes Monica malaysia?










































DIA digelar Agnes Monica Malaysia. Aksi lincah Stracie Angie Anam atau mesra dipanggil Stacy tatkala beraksi di pentas sememangnya mengingatkan kita dengan persembahan bertenaga yang sering dipamerkan oleh penyanyi popular Indonesia itu.

Namun, Stacy adalah Stacy. Walaupun gelaran itu sudah sinonim dengan dirinya, juara Akademi Fantasia musim keenam ini tidak merasakan dirinya sudah 'setaraf' dengan bintang Indonesia itu.

"Saya tidak nafikan, dari segi konsep, memang ada sedikit 'dipengaruhi' oleh Agnes. Lagipun, saya memang suka melihat gaya persembahannya. Tetapi tidaklah sehingga ingin meniru Agnes.
"Mungkin kami banyak persamaan kerana sering menyanyi sambil menari di pentas, tetapi jika dilihat dari segi lagu dan cara nyanyian kami, ia jauh berbeza.

Menurut Stacy, walaupun sedar label 'Agnes Monica Malaysia' itu pasti akan terus singgah terhadap dirinya, namun itu tidak menghalang gadis kelahiran Sabah ini untuk terus kekal dengan konsep 'pop dance' yang cukup diminatinya itu.

Malah, daripada lima buah lagu baru yang dimuatkan dalam album pertamanya itu, hanya sebuah saja lagu berentak balada ditampilkan.

Aku Stacy yang dilancarkan oleh Tan Sri Bernard Dompok di Kota Kinabalu, Sabah pada 8 Mac lalu memuatkan tujuh buah lagu yang mana lima daripadanya adalah lagu baru.

Dua buah lagu lagi ialah Aku Stacy versi 'live' dan Cinta Khayalan, sebuah lagu yang pernah dinyanyikan oleh Stacy pada konsert AF6 dulu.

Antara komposer yang terlibat di dalam album ini ialah Audi Mok, Kieran Kuek dan Edry KRU. Ketika ini, dua buah single nyanyiannya, Aku Stacy dan Gagap telah pun dimainkan di radio.

Stacy dijangka akan mempertaruhkan single ketiganya, Pakai Buang ciptaan Edry KRU tidak lama lagi.

kredit: mstar

0 comments:

Post a Comment