Ditanya mengenai dakwaan sesetengah media yang mendakwa kumpulan ini dikatakan bersikap ‘kekwat’ dengan media massa, Paan, pemain gitar utama kumpulan Bunkface, menyangkal dakwaan berkenaan.
“Mana ada kami sombong dengan media? Tak adalah. Kami mesra media apa?”
“Janganlah sebab kami tak dapat penuhi jemputan pihak media untuk sesi fotografi, maka kami terus dicap sebagai anti media,” ujar Paan lagi.
Tambah Youk, pemain bass bagi kumpulan ini, sebab utama mereka banyak menolak permintaan pihak media untuk mengadakan sesi fotografi dan temuramah adalah disebabkan jadual persembahan yang padat.
“Kalau setiap hari kami ada show nak kena buat mana ada masa untuk sesi fotografi. Lagipun kami ini masih pelajar. Banyak assignment yang kena buat.” Ujar Youk.
Kata Youk lagi mereka tidak kesah sama ada media memboikot kumpulan Bunkface, kerana baginya penerimaan peminat terhadap genre lagu mereka adalah lebih penting dari penerimaan pihak media.
“Selama ini pun kami bermula tanpa ada sebarang liputan media. Jadi isu boikot oleh pihak media ini, kami tak ambil kesah.”
“Kami sebenarnya masih baru dalam ‘mainstream’ ni, jadi kalau ada benda yang tersalah tu, kami mintak maaf banyak,” kata Youk
0 comments:
Post a Comment