SATU demi satu gosip mengaitkan diri aktres Rozita Che Wan dengan orang kenamaan tidak pernah lekang di bibir penggemar media hiburan lebih-lebih lagi apabila pelayar internet kini sedang membincangkan isu Rozita telah bernikah dengan suami produser Datin Seri Tiara Jacquelina iaitu Datuk Seri Effendi Norwawi.
Bagaimanapun, Rozita menafikan pernikahan tersebut malah turut menyatakan dia tidak pernah berjumpa dengan Effendi.
“Bukan saya yang bernikah dengan Datuk Effendi. Saya bukan sahaja tak pernah jumpa Datuk Effendi, mimpi pun tidak,” jelas Rozita ringkas.
Ujar Rozita, masuk kali ini sudah banyak gosipnya dikatakan bernikah dengan ‘Datuk’ atau ‘Tan Sri’ sedangkan dia tiada sesiapa pun.
Gosip pertama dahulu adalah Datuk J, seterusnya satu demi satu seperti Tan Sri R, Datuk Seri Khalid Muhd. Jiwa, dan terkini Datuk Seri Effendi.
Kadangkala, terbit di hatinya ‘tidak seronok menjadi Rozita Che Wan’.
“Selepas ini saya tak tahu lagi 'Datuk' atau 'Tan Sri' mana lagi yang akan dikaitkan dengan saya.
"Apabila timbul gosip-gosip ini, saya rasa seperti orang memandang saya sebagai seorang yang materialistik sebab memilih ‘Datuk’ dan ‘Tan Sri’ sahaja.
“Orang tidak habis-habis mengata saya mendapat hadiah kereta, bernikah di London dan macam-macam lagi.
“Kalau gosip itu betul, saya takkan berlakon lagi. Saya juga tiada istilah ‘cover line’,” kata wanita berusia 36 tahun ini.
0 comments:
Post a Comment