MEREKA cepat serasi. Banyak persamaan yang menyatukan dua personaliti berbakat besar kelahiran Johor Bahru ini. Semudah sebutan nama mereka, Nana dan Dina begitu pantas mencipta gandingan 'regu' mengendalikan Carta Era bersama sejak 4 Januari lalu.
Pengambilan Dina sebagai penyampai radio sambilan di stesen radio Era itu antara strategi pembaharuan yang cuba diterapkan Pengurus Rangkaian Era, Nazri Noran.
*******************************
Persamaan Nana dan Dina
•Bapa mereka bekerja sebagai polis, malah berkawan baik.
•Nombor 7 menjadi kegemaran masing-masing. Nana dilahirkan bulan Julai, manakala Dina dilahirkan pada 7 Februari.
•Anak kedua daripada empat beradik dan mereka menjadi anak perempuan tunggal dalam keluarga.
•Berasal dari Johor.
•Kedua-duanya mula menyinar selepas menyertai pertandingan realiti TV. Dina mendapat tempat kedua Malaysian Idol musim pertama dan Nana menjadi perintis program Akademi Fantasia yang pertama.
•Suka makan coklat.
•Gilakan kasut dan sukakan karakter kartun Spongebob.
0 comments:
Post a Comment