Amir Rasa Bersalah Dengan LNJ


Ada menganggap Amir membuat lawak bodoh, syok sendiri dan sukar difahami. Kemuncak kemarahan penonton apabila kumpulan duo LNJ telah tewas minggu lalu sekali gus gagal ke final, Jumaat ini. Dan Amir dipersalahkan lagi dengan keputusan itu walaupun dia tidak pernah menagih simpati sesiapa untuk mengundinya

Memang saya rasa bersalah. Saya rasa bersalah sebab saya sudah mengecewakan ramai penonton untuk melihat saya buat yang terbaik dan berbaloi dengan undian SMS mereka. Memang betul, LNJ tonjolkan persembahan yang lebih baik berbanding saya, tapi mereka telah gagal ke peringkat akhir dan sudah tentu peminat mereka kecewa.

Disebabkan saya sudah bersalah dan mengecewakan ramai orang, saya janji akan cuba buat yang terbaik untuk final Jumaat ini. Saya juga ingin minta maaf kepada semua orang dan akan cuba tebus kesilapan saya nanti.

kredit: murai.com.my

0 comments:

Post a Comment