Pelakon Diana Danielle menangis sewaktu ibunya menghantarnya ke stesen bas Bukit Jalil bagi menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Princess Haliza, Sepang yang bermula hari ini.
Menurut ibu Diana, Norsiah Ramli, 45, anaknya itu tidak dapat menahan sebak lalu menangis kerana terpaksa berpisah dengannya selama hampir tiga bulan bagi mengikuti latihan di kem tersebut.
‘‘Sebelum ini Diana berjanji tidak mahu menangis. Kalau menangis pun dia kata, dia tidak mahu tunjukkan kepada orang lain. Tetapi petang tadi saya lihat dua kali dia sebak daripada nada suara dan air mukanya yang sugul.
“Saya tahu dia menangis kerana ini kali pertama berpisah terlalu lama dengan saya. Sebelum ini, paling lama pun dua hari iaitu ketika dia pergi berkhemah di Taman Negara, Pahang tahun lalu,”
0 comments:
Post a Comment