Anith makin kerek, Pija tak mahu bercakap?

Bagi mereka yang sempat menonton ‘OIAM Diaries’ pada 5 Mac lalu, sudah tentu anda ada menyaksikan ‘drama’ yang telah timbul akibat perangai Anith yang dikatakan tidak menghormati orang lain. Begitu bengang dan kecewa sekali Pija terhadap sikap Anith yang dianggap seperti adiknya sendiri, Pija telah mengatakan dia tidak akan melayan atau bercakap dengannya lagi.

Perkara ini, khabarnya, sudah lama berlaku. Tapi makin orang bersabar, makin menjadi-jadi perangainya. Dari kutukan ke atas Amylea hingga sesuatu buruk yang diperkatakan kepada teman lelaki Pija namun tidak diakuinya ada bercakap demikian, akhirnya ‘meletup’ lah Pija.

Bila diminta penjelasan dari mereka berdua, ini jawapan yang diberikan.

“Dah lama benda ini berlaku. Ia cuma satu salah faham. Anith tidak tahu, I was just playing. Tapi tak sedar orang mungkin tidak boleh terima. Mereka tegur dan Anith tengok kesalahan Anith dan Anith meminta maaf. Anith tak sedar apa yang Anith cakapkan,” jelas gadis berusia 18 tahun ini.

Tambah Pija, “Anith ini sebenarnya manja dan terlalu kebudak-budakkan. Dia tak boleh control perangainya dan adakalanya annoying lah. Tapi semuanya sudah diselesaikan

0 comments:

Post a Comment