KESEDIHAN yang dialami pasangan ideal, Tan Sri Ramli Ngah Talib dan isterinya Raja Puan Sri Noora Ashikin Raja Abdullah yang 'kehilangan' menantu sulung, Nora Danish tidak berpanjangan dengan kehadiran menantu baru apabila anak kedua mereka, Ramelle Ashram bernikah dengan pelakon, Diana Johor, 7 Februari lalu.
Bagaikan berkongsi minat dengan abangnya, Rizal Ashram, Ramelle turut memilih anak seni sebagai suri hidupnya selepas hampir lima tahun menyulam cinta. Malah, keruntuhan rumah tangga abangnya dan Nora tahun lalu tidak menjadi penghalang kepada pasangan pengantin baru itu melayari bahtera perkahwinan.
Ramelle, 31, dan Diana, 28, berkenalan sejak hujung 2004. Diana juga mempunyai persamaan dengan adik Ramelle iaitu dilahirkan sebagai pasangan kembar. Jika Diana mempunyai saudara kembar bernama Lina, pemilik bukti PU3 di The Curve, Damansara, Puteri Azalea dan Puteri Yasmin adalah adik kepada Ramelle.
0 comments:
Post a Comment