setelah keputusan SPM diumumkan, Diana Danielle telah mendapat 2A dan 5B.Pelajar Sekolah Menengah Sri Inai, Hulu Klang ini memperoleh dua A dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris dan lima B membabitkan mata pelajaran Sains dan Teknologi, Kimia, Fizik, Bahasa Melayu dan Geografi.
Menurut ibu Diana, Diana tidak berpuas hati dengan keputusannya ini kerana dalam percubaan, Diana mendapat 5A.
ibunya Norsiah Ramli memberitahu walaupun keputusan diterima Diana boleh dianggap memuaskan, namun pelakon utama drama bersiri Janji Diana tidak berpuas hati dengan keputusan yang diperolehnya itu.
“Sebaik menerima keputusan itu, dia kecewa kerana tidak dapat mencapai apa yang disasarkan. Mengikut daripada pencapaian peperiksaan percubaan dia memperoleh lima A.
Bagaimanapun, peperiksaan percubaan tidak sama dengan SPM sebenar dan saya sebagai ibu tetap bersyukur kerana dia sudah melakukan yang terbaik,” katanya.
Tambah Norsiah lagi, sebaik menerima keputusan itu dia berpuas hati kerana ketika berhadapan persiapan untuk menghadapi peperiksaan sebelum ini, Diana sibuk di lokasi penggambaran
0 comments:
Post a Comment