Pelakon dan penyanyi Erra Fazira dijangka akan bersalin hari ini setelah dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, pada pukul 11.30 malam tadi.
Primadona filem Melayu ini telah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 4.04 kg yang di beri nama engku aleesya tanpa sebarang masalah. Di fahamkan bahawa Erra Fazira yang memilih nama anaknya ini kerana nama itu lembut dan sedap didengar selain maksudnya ‘yang dilindungi’.
“Saya bersyukur kerana penantian sudah berakhir dan selamat melahirkan Aleesya. Saya tak sangka berat Aleesya adalah 4.04 kg dan melahirkannya secara normal,” luah Erra ketika dihubungi tadi.
Erra bersalin secara normal dengan dibantu oleh Konsultan Obstetrician & Gynaecologist, Dr. Gunasegaran PT Rajan yang dipilih olehnya sendiri.
Jelas Erra, tipulah jika dia katakan tidak sakit dan mudah untuk bersalin.
Bagaimanapun, semua itu tidak menghalang Erra untuk menambah anak lagi selepas ini.
“Saya tak kisah untuk mempunyai anak lagi tetapi biarlah Aleesya besar sedikit dalam masa setahun lagi.
"Kalau boleh biarlah Aleesya ada pasangan untuk bermain,” beritahunya yang dijangka akan mula bekerja pada Jun depan.
Sementara itu, Erra juga berharap agar semua pihak bersabar untuk melihat wajah Aleesya yang akan ditunjuk semasa majlis cukur jambulnya nanti.
“Saya menghormati semua orang dan mahu bersikap adil, jadi saya rasa lebih baik kalau kita buat sekali. Tetapi, kalau kawan-kawan terdekat nak tengok, saya tak kisah jika mereka nak datang melawat,” jelas Erra yang lebih gemar jika Aleesya memanggilnya 'mum'.
0 comments:
Post a Comment