"Watak Setan Puaskan Hati Saya" - Rebecca Nur Islam


Pelakon yang masih baru dalam dunia seni, Rebecca Nur Islam binti Ahmad, 24 merasakan puas menjayakan watak perempuan jahat dalam Teater Muzikal Islamik, Sirah Junjungan, Tahajud Cinta yang sedang dipertontonkan di Panggung Sari, Istana Budaya.

Watak Hendon yang merupakan seorang perempuan yang mendendami terhadap sahabat Rasulullah Saidina Hamzah merupakan satu watak yang jahat umpama syaitan yang kejam

"Selepas lampu Panggung Sari terbuka, dengan tepukan gemuruh penonton saya merasa cukup puas dan lega.

"Saya juga mendapat pesanan sms yang memuji keberkesanan lakonan saya sebagai Hendon yang begitu kejam sehingga memakan jantung Saidina Hamzah tanda dendam, " ujarnya yang pernah berlakon dalam siri Sutera Maya.

"Bila ramai orang kata saya jahat dan kejam, saya rasa bangga sebab itu membuktikan lakonan saya sampai kepada penonton."

"Ini boleh dikatakan sebagai first dan grand show saya dan bersyukur sangat sebab dapat bermain di Istana Budaya. Saya memang bercita-cita untuk membuat persembahan di sini dari mula saya berlakon lagi."

Rebecca pernah menangis pada awal latihan kerana risau tentang tanggungjawab yang harus ditanggung dalam watak Hendon. Watak tersebut ditawarkan oleh Eirma Fatima terus kepadanya dan Eirma mengingatkannya tentang kejahatan dan kesialan watak Hendon yang pernah dimainkan oleh Elly Suriati pada tayangan Sirah Junjungan yang pertama.

0 comments:

Post a Comment