Penyokong LNJ protes keputusan


dimaklumkan ada penyokong kumpulan LNJ yang dianggotai Afzan Saffuan Ahmad dan Wan Sharizon Rahim tidak berpuas hati gara-gara mereka itu tidak berjaya mara ke pusingan akhir.

Tidak cukup dengan itu ada penyokong setia kumpulan berkenaan menghubungi media untuk memaklumkan perasaan kecewa mereka mengenai keputusan itu. Ada yang mendesak supaya pihak penerbitan mengadakan sidang akhbar khas untuk menjelaskan keputusan yang dilihat berat sebelah dari kaca mata sesetengah pihak. Tindakan mereka itu kerana tidak berpuas hati dengan penyingkiran LNJ.

Mereka juga perlu faham, ada empat peserta berentap dan seorang perlu disingkirkan. Kalau ditakdirkan Amir disingkirkan, mungkin peminatnya juga marah begitu juga peserta lain. Kalah menang bukankah adat pertandingan, jadi janganlah pertikaikan keputusan juri profesional.

0 comments:

Post a Comment