waheeda merajuk?

Baru-baru ini terdapat suara-suara sumbang yang mengatakan Waheeda kini sudah ‘merajuk’ dengan pihak media akibat sikap segelintir wartawan yang masih terus bertanyakan mengenai isu berkenaan walaupun sudah berkali-kali beliau menafikan bahawa dirinya mempunyai hubungan dengan Akil Hayy.

Untuk mendapatkan kepastian mengenai perkara tersebut, baru-baru ini Jomstar.com telah cuba menghubungi Waheeda, namun yang menjawab panggilan tersebut ialah pembantu peribadinya, Syah.

Apabila ditanya Jomstar.com ke manakah Waheeda menghilangkan diri, Syah memberitahu Jomstar.com Waheeda bukan menghilangkan diri cuma, dia hanya mengurangkan jadual aktiviti seninya.

“Seperti yang Waheeda pernah umumkan sebelum ini, dia hendak bersara dalam dunia hiburan ni,”

“Jadi ini merupakan salah satu langkah awal untuk keluar dari bidang ini,” ujar Syah kepada Jomstar.com.

Ditanya mengenai isu yang kononya Waheeda ‘merajuk’ dengan media, Syah tidak menafikan mengenai perkara tersebut.

“Nak kata merajuk tu, bolehlah juga. Sebenarnya Waheeda ni tersinggung dengan sikap segelintir wartawan main terjah dengan soal peribadi,”

“Bukan tak boleh, tapi biarlah ikut ‘step’. Ni tak, tanya khabar pun belum main terjah dengan soalan peribadi,”

“Itu yang kini Waheeda cuba hindar dari jumpa wartawan tu, bukan dia menghilangkan diri.

Mengenai perkembangan terbaru, Waheeda kini sibuk dengan jelajah motivasinya bersama Berita Harian selain memenuhi jemputan membuat persembahan dan pengacaraan.

kredit: jomstar

0 comments:

Post a Comment