Kak Ani Tak Percayakan Lelaki


“Kak Ani sudah tidak percayakan lelaki. Menyakitkan hati saja. Bagi Kak Ani, percintaan membuatkan seseorang leka dengan suasana itu.”

Begitulah pendirian Kak Ani atau nama penuhnya Noraniza Idris yang ditemui semalam selepas siaran langsung ‘Wanita Hari Ini’ ketika ditanyakan tentang kehidupan percintaannya kini. Dari riak wajahnya, jelas selepas melalui dua perkahwinan, wanita yang bakal menyambut harijadinya yang ke-41 ini, sudah letih mencari cinta sejati. Jika anda di tempatnya, sudah tentu anda pun berasa serik.

Walaupun tidak dinafikan adakalanya merasa sunyi, namun Kak Ani tabah mengharunginya. Di kelilingi keluarga tersayang, dia mengakui gembira dengan kehidupan solonya. Kebanyakkan masanya difokuskan pada kerja. Semua kerja kerasnya untuk menjamin masa depan dirinya dan keluarga. Masa yang terlapang diluangkan bersama keluarga, melakukan aktiviti-aktiviti seperti memasak, berjalan-jalan.

“Hal peribadi seperti cinta, kahwin ditolak ke tepi, ke No. 4, 5. Kak Ani taknak fikir lagi semua ni. Kak Ani pun takde masa untuk mencari boyfriend. Wanita hari ini bukan seperti zaman dahulu, perlu mencari suami untuk menanggung hidup. Sekarang ini, walau dapat suami pun, jangan dilepaskan kerjaya dan impian anda,” nasihatnya.

kredit: gua.com.my

0 comments:

Post a Comment