Chef Wan restui 'bakal suami' Serina



Tapi sejak akhir-akhir ini, wajah Wan menguntum senyuman bahagia dan tampak riak-riak gembira dengan pilihan teman lelaki Serina yang baru, Kevin, seorang pemuda Inggeris kacukan berusia 32 tahun.

Ternyata kehadiran Kevin dalam hidup Serina mendapat lampu hijau dari Wan. Bukan setakat itu saja, malah Wan sendiri sudahpun berkenalan dengan bakal menantunya, iaitu seorang tokoh perniagaan yang mempunyai rangkai pakaian sukan di beberapa negara di rantau ini.

Serina dan Kevin mula berkenalan lapan bulan yang lalu dan mereka diperkenalkan oleh seorang teman

Apa yang lebih menambat hati Wan tentang Kevin ialah beliau telah memeluk agama Islam lama sebelum berkenalan dengan Serina.

"Apa-apapun agama itu penting kerana sebagai suami dia wajib mendidik Serina. Saya sudahpun berjumpa dan menyelami hati Kevin. Nampaknya inilah lelaki yang paling serasi dengan Serina.

"Lagipun dia nampak serius dan mempunyai prinsip hidup yang boleh dibanggakan. Pekerjaannya juga stabil dan orangnya pun boleh tahan kacak," kata tokoh chef yang disegani di rantau Asia ini.

Menurut Wan, Kevin dan Serina sudah membuat perancangan untuk berkahwin pada tahun ini tetapi memandangkan adik Kevin juga akan berkahwin tahun ini, maka tarikh kahwin mereka diinjakkan kepada bulan Januari, tahun hadapan.

"Bakal besan pun saya dah jumpa. Keluarga mereka pun baik-baik dan bersifat terbuka. Mereka menerima Serina dengan senang hati," jelas Wan yang berkunjung ke kediaman bakal besannya di United Kingdom baru-baru ini.

"Sebagai ayah, tentulah Wan risau tentang pilihan Serina. Sebolehnya, Wan doa dia dapat suami yang boleh membimbing dan membahagiakannya.

Wan juga tidak menafikan yang dia agak cerewet bila tiba bab pilih menantu.

"Memang Wan cerewet. Anak kita, tentulah kita mahukan yang terbaik untuknya. Teman lelaki Serina yang dulu, sebelum Kevin tu pun ok juga.

kredit: mstar

0 comments:

Post a Comment