Sepah juara Raja Lawak 3



Kemenangan Sepah sekaligus menepati ramalan ramai pihak termasuklah pihak juri lebih-lebih lagi apabila undian Sistem Pesanan Ringkas (SMS) berpihak kepada tiga jejaka berasal dari Johor iaitu Shahmira Muhamad atau Shuib, 24; Mohd. Nadzri Zainal atau Jep, 23, dan Mohd. Noor Murad atau Mamat, 23.

Sepah yang mengutip undian sebanyak 48.12 peratus berjaya membawa pulang hadiah sebuah kereta jenama Citroen Picasso, wang tunai RM20,000, barangan elektrik dan trofi sumbangan Astro.

Menurut pelakon dan pengarah teater, Fauziah Nawi selaku pengkritik tetap program ini, dia memang nampak kesungguhan yang dipamerkan oleh Sepah pada malam ini seolah-olah bersetuju dengan kemenangan kumpulan yang pernah digelarnya sebagai ‘muka pecah pintu’ itu
Dalam pada itu, peserta wanita pertama yang layak ke peringkat akhir, Nuur Jihan Musa atau Jihan, 25, dinobatkan sebagai naib juara selepas berjaya meraih undi sebanyak 30.82 peratus.

Dengan kemenangan itu, Jihan turut tidak pulang dengan tangan kosong kerana sebuah motosikal jenama Naza Blade 250R, wang tunai RM14,000, barangan elektrik dan trofi sumbangan Astro menjadi miliknya.

Sementara Mohd. Amirullah Azmi atau Amir yang dianggap sebagai peserta yang tidak layak memasuki peringkat akhir ini mendapat tempat ketiga dengan undian 21.07 peratus.

Amir tetap mendapat hadiah berupa wang tunai RM8,000, barangan elektrik dan trofi sumbangan Astro.
*****************************************
Trivia Peringkat Akhir Raja Lawak Astro Musim Ke-3

Pusingan Pertama (Tema Bebas)

Jihan tampil dengan persembahan bertemakan kerjaya sebagai ‘Penguasa’
Amir tampil dengan persembahan bertemakan ‘Cinta’
Kumpulan Sepah Tampil dengan persembahan bertemakan ‘Masa & Peribahasa’

Pusingan Kedua (Tema Muzikal)

Jihan tampil dengan persembahan ‘Wanita Era 50-an’.
Amir tampil dengan persembahan bertemakan ‘Pemburu Dalam Hutan’.
Kumpulan Sepah tampil dengan persembahan bertemakan ‘Rumah Orang Tua.

Menarik Mengenai Pertandingan Akhir Raja Lawak

Dalam banyak persembahan boleh dikatakan hanya Kumpulan Sepah sahaja yang memberikan persembahan yang konsisten. Tidak banyak kritikan yang diberikan oleh juri kepada kumpulan ini.

Jihan walaupun kurang menyengat pada persembahan pertama, tetapi telah memperbaiki mutu persembahannya pada pusingan kedua.

Amir kelihatan ‘blur’ pada satu-satu babak dan kadangkala lawaknya tidak menjadi, menyebabkan penonton mula berasa bosan dengan persembahannya.

Propaganda ‘ala-ala AF’ Johan dan Azzizan yang sewaktu majlis pengumuman juara Raja Lawak seperti tidak menjadi, kerana peratusan Kumpulan Sepah sudah terlalu jauh mendahului Jihan dan Amir.

Suara Ramli Sarip berkumandang di Dewan Sivik MBPJ apabila bukan kerana Ramli Sarip yang menyanyi, tetapi hasil suara Jep yang meniru suara Papa Rock Malaysia itu.

0 comments:

Post a Comment