Leina Hangat Mahu Jadi Isteri Terbaik





Selepas empat tahun hidup bersendirian, penyanyi serta pelakon Norazlina Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Leina Hangat mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Mohd. Zaipul Bahri Ghazali.

"Saya sebenarnya tidak pernah merancang untuk berkahwin lagi. Cuma bila saya berkenalan dan berkawan dengan Zaipul, saya dapat rasakan dia seorang lelaki yang sesuai untuk dijadikan suami.

Sebelum ini dia banyak membantu saya menguruskan kes perceraian saya dan sentiasa berada disisi saya ketika saya memerlukannya.

"Selepas setahun bersahabat baik, saya beryukur kerana Allah membuka pintu hati saya untuk menerima Zaipul sebagai suami.

Saya berdoa untuk menjadi seorang isteri terbaik dan berharap agar perkahwinan kami akan berkekalan sampai bila-bila," ujar Leina yang kelihatan anggun bergaya dengan busana berwarna putih.

kredit:gua.com.my

0 comments:

Post a Comment