bukan Salih Yaacob yang bertunang la...

salih yaacob dikatakannak “pasang” satu lagi. Ada khabar angin mengesahkan Salih akan berkahwin dalam waktu terdekat ini dengan seorang gadis berusia 29 tahun.

Kata sumber itu lagi, perkenalan Salih dengan si gadis bermula ketika Salih mengendalikan siaran pagi bersama Raja Azura dan Khairil Rashid di radio Sinar FM.Kerana terlalu minat celoteh Salih, dia terus menghubungi stesen radio itu untuk berborak. Tak sangka pula sempat bertukar-tukar telefon dan terus jumpa seperti artis dan peminat.Masa jumpa itulah Salih meluahkan hasrat nak kahwin dengan gadis tersebut. Begitulah ceritanya.

tapi, sebenarnya bukan Salih Yaacob yang nak kahwin lagi tetapi anak perempuannya. Mungkin ada orang yang salah anggap bila melihat gambar salih yaacob berdua dengan perempuan itu. Secara logiknya, tak salah bergambar berdua dengan anak sendiri.

"Pengalaman pertama SY menerima unofficial son in law hehehe... kenapa SY kata tak rasmi? Jawapannya sebab anak SY bertunang sahaja... kalau dah akad nanti barulah boleh kata menantu rasmi hehehe.

Memang mengharukan bila melihat anak yang dibesarkan bakal menjadi milik orang lain... Cepat betul masa berlalu... Rasa macam baru sahaja hantar anak gi sekolah, sekarang dah bertunang... Tapi Sy bersyukur sebab majlis berjalan dalam keadaan yang baik dan penuh meriah, tambahan pula turut dihadiri oleh kesemua isteri SY dan 7 dari 10 anak-anak SY. Yang tak dapat datang tu pun sebab berada di Uitm dan bekerja. Ibu dan saudara mara SY juga turut datang walaupun majlis diadakan di rumah bekas isteri SY, namun semuanya berjalan dengan baik. "

kredit: blog salih yaacob

0 comments:

Post a Comment